Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Farhash dipanggil bantu siasatan baru dakwaan Yusoff Rawther
Diterbitkan:  Feb 20, 2020 9:34 PM
Dikemaskini: 1:36 PM

Polis sudah menghubungi pembantu Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan membantu siasatan baru berhubung dakwaan dibuat Muhammed Yusoff Rawther.

Perkara itu disahkan oleh Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak kepada Malaysiakini hari ini.

"Ya, (polis) telefon semalam... saya akan pergi pada Isnin," katanya melalui mesej pesanan ringkas.

Terdahulu portal Free Malaysia Today melaporkan Jabatan Peguam Negara membuka semula siasatan laporan dibuat ke atas Farhash tahun lalu.

Memetik sumber, portal itu melaporkan ada "kebimbangan" kes tersebut mungkin dipengaruhi ahli politik tertentu.

Justeru, kata sumber terbabit, siasatan terbaru itu menjadi "keutamaan" dan Yusoff - mendakwa pernah menjadi pembantu penyelidik Anwar - sudah dipanggil untuk memberi keterangan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS