Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita ditemukan mati dengan kesan kelar di badan
Diterbitkan:  Feb 20, 2020 11:57 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Seorang wanita tempatan ditemukan mati dengan beberapa kesan kelar pada badan di tempat letak kenderaan Jalan Merbah, Pusat Bandar Puchong Jaya, Puchong di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Asmadi Borhan berkata mangsa berumur dalam lingkungan 50-an dijumpai oleh orang awam yang kemudiannya memaklumkan kepada anggota unit pasukan peronda (MPV) yang bertugas di sekitar kawasan terbabit pada 10.30 malam.

“Siasatan di tempat kejadian masih diteruskan dengan bantuan pasukan Polis Forensik Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K9), serta semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan berhampiran turut dilakukan.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kelar pada badan mangsa yang ditemukan terbaring berlumuran darah dan terdapat sebuah kereta jenis Toyota Camry dipercayai milik mangsa dijumpai berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS