Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Terengganu bakal laksana larangan wanita menari, menyanyi di khalayak
Diterbitkan:  Feb 19, 2020 1:34 PM
Dikemaskini: 5:34 AM

Garis panduan penganjuran Terengganu, yang antara lain, melarang wanita menari dan menyanyi di khalayak ramai, khususnya yang mempunyai lelaki akan dikuatkuasakan di negeri itu dalam tempoh terdekat.

Exco Pelancongan, Budaya, dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman dipetik oleh The Star sebagai berkata bahawa garis panduan itu sepatutnya berkuat kuasa pada Januari lalu tetapi ditangguhkan.

Walau bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa larangan itu akan dilaksanakan "tidak lama lagi" setelah kekangan undang-undang sedia ada diselesaikan.

Garis panduan 11 perkara itu diumumkan pada Oktober 2018.

Ariffin juga berpendapat bahawa garis panduan itu tidak akan menjejaskan sektor pelancongan.

Inti pati garis panduan itu adalah seperti berikut:

  • Muzik yang dipersembahkan tidak boleh diiringi atau dialunkan dengan peralatan bunyian yang melampau sehingga boleh mempengaruhi penonton atau pendengar mengikut rentak.
  • Persembahan muzik dibenarkan selepas waktu Isyak dan tidak melepasi pukul 12 tengah malam, manakala pada waktu siang perlulah tidak melampaui batas waktu solat.
  • Tidak dibenarkan mengadakan persembahan pentas pada hari Khamis malam Jumaat sehingga selepas solat Jumaat hari berikutnya dan penganjur mesti memastikan penonton lelaki dan wanita bukan muhrim tidak bercampur.
  • Persembahan kesenian tradisional berunsurkan pemujaan/menyalahi akidah seperti ulik mayang, rodat/tarian rodat, mak yong, mandi safar (adat), main puteri, tarian saba, tarian balai/pulai tidak dibenarkan melainkan telah dibuat pengubahsuaian yang sepatutnya.

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS