Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Cadangan lebuh raya PIL1 terlalu dekat dengan tiga sumber air’
Diterbitkan:  Feb 19, 2020 12:49 PM
Dikemaskini: 4:50 AM

Sebuah NGO hari ini melahirkan kebimbangan mereka susulan mendapati bahawa cadangan pembinaan Lebuhraya Pan Island Link I (PIL I) terletak terlalu dekat dengan tiga kawasan sumber air Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di bukit Air Itam.

Penang Hills Watch mendakwa bahawa kawasan sumber air tersebut dan koordinat geografinya mengikut Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 adalah seperti berikut:

  • Arus utama Air Itam (5°23’58.70″U, 100°16’3.62″T)
  • Arus tepi Air Itam (5°24’13.59″U, 100°15’52.45″T)
  • Arus utama Tat  (5°24’54.27″U, 100°16’45.26T)

Menurut NGO itu, penjajaran PIL1 yang dicadangkan adalah kira-kira 350m daripada sumber arus hilir Tat dan kawasan arus utama adalah kira-kira 150m dari persimpangan terowong-jejambat.

"Kami mengesahkan lokasi geografi tiga kawasan sumber air itu berdasarkan lawatan ke tapak," kata NGO itu, dalam satu kenyataan.

"Kawasan sumber air ini adalah punca bekalan ke Empangan Air Itam dan akhirnya digunakan untuk kegunaan orang ramai di pulau itu," kata Penang Hills Watch.

Menurut mereka, cadangan lebuh raya enam lorong itu akan menjadikannya sebagai lebuh raya paling mahal mengikut kiraan harga berdasarkan setiap kilometer.

Kos, kata NGO itu dianggarkan antara RM7.5 bilion hingga RM9.6 bilion untuk laluan sepanjang 19.5km, menjadikannya berjumlah RM385 juta hingga RM492 juta bagi setiap kilometer.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS