Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo merakamkan ucapan takziah kepada keluarga artis Malaysia, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi ini di Jakarta.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Asyraf Daniel Mohamed Sinclair, yang telah meninggal dunia pada pagi ini.

“Saya berdoa agar keluarga Allahyarham akan tabah dalam menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi catatan di laman Facebook dan Twitternya.

Menurut agensi berita Antara yang memetik Dodi, iaitu pengurus kepada Bunga Citra Lestari (isteri kepada Ashraf), Ashraf, 40, meninggal dunia di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC) di Kuningan pada 4.51 pagi (waktu Indonesia).

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Taman Peringatan San Diego Hills, Jawa Barat selepas Asar.

Ashraf yang lahir di London, England telah mengahwini artis Indonesia, Bunga Citra Lestari pada 2008, dan dikurniakan seorang anak, Noah Aidan Sinclair, 10.

Ashraf pernah membintangi filem 'Gol & Gincu' pada 2005 dan meneruskan kariernya di Indonesia dan popular menerusi filem komedi romantis, Saus Kacang pada 2008 dan beberapa siri sinetron (drama bersiri).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS