story images
story images
mk-logo
Berita
Normah Ishak wanita pertama ketuai polis antikeganasan
Diterbitkan:  Feb 15, 2020 8:11 AM
Dikemaskini: 12:16 AM

Polis telah melantik Normah Ishak untuk menggantikan Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman.

Lantikan ini menjadikan Normah wanita pertama yang memegang jawatan tersebut.

South China Morning Post semalam memetik Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan pelantikannya. 

Abdul Hamid dipetik laporan itu berkata Normah, yang merupakan timbalan Ayob Khan sejak 2016, sebagai anggota "yang sangat berani, bijak, berkelayakan tinggi dan seorang pegawai berpengalaman dengan integriti tinggi dan komander cemerlang."

Normah menyertai pasukan polis pada bulan Disember 1991, kata laporan itu.

Ayob Khan telah dilantik sebagai ketua polis Johor yang baru berkuatkuasa pada 6 Mac.

Abdul Hamid pada 7 Feb berkata, Ayob Khan sudah terlalu lama memegang jawatannya sebagai ketua bahagian antikeganasan di Bukit Aman.

"Bagi Ayob pula, dia sudah terlalu lama, kalau saya biarkan dia lagi sebulan dua orang akan panggil Ayob pengganas pula, sebab itu saja kerja dia," jelasnya berseloroh.

Menurut ketua polis negara lagi perpindahan itu bagi memberi peluang Ayob menimba pengalaman baru.

"Kita bagi peluang Ayob ke sana (Johor) untuk dapatkan pengalaman.

"Dia (Ayob) perlu didedahkan, dia sudah lakukan banyak kerja, kita bagi dia peluang ke bawah untuk memimpin. Dia muda lagi," kata Abdul Hamid.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS