Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Buli: Polis ambil keterangan lima pelajar
Diterbitkan:  Feb 11, 2020 1:44 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

Polis mengambil keterangan lima pelajar bagi membantu siasatan insiden pergaduhan di sebuah sekolah berasrama di Kangar, Rabu lepas.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata polis telah mengadakan pertemuan dengan pegawai perhubungan dan pengetua sekolah bagi menyelesaikan kes berkenaan dan berharap ia tidak akan berulang.

"Kesemua pelajar yang ditahan telah dibebaskan dan mereka meneruskan sesi persekolahan seperti biasa. Kita akan pastikan keadaan ini tidak akan berulang.

“Ibu bapa tidak perlu khuatir kerana kes ini terkawal," katanya kepada media selepas pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam- Do It Yourself (EKSA-DIY) Kontinjen Perlis di Kangar, hari ini.

Surina berkata pemeriksaan ke atas dua pelajar yang dibuli mendapati hanya mengalami kecederaan ringan.

"Meskipun mereka (pelajar) dibebaskan, kita akan buat siasatan menyeluruh dahulu untuk kenal pasti punca pergaduhan. Namun begitu, terpulang kepada Timbalan Pendakwa Raya mahu mengambil tindakan (mendakwa atau tidak)”, katanya.

Tiga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah berasrama di Perlis, lebam dibelasah lima pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan, Rabu lepas.

Insiden yang berlaku di dewan makan sekolah itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas pelajar senior terhadap pelajar junior yang kononnya tidak menghormati mereka.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS