Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Seekor tapir jantan ditemukan mati di Jalan Mersing-Jemaluang berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing, di Johor malam tadi, dipercayai akibat dilanggar kenderaan - kejadian yang kelima sejak awal tahun ini.

Pengarah Jabatan Perhilitan Johor Salman Saaban berkata haiwan dianggarkan berusia enam tahun dan seberat 200 kilogram itu, ditemui orang awam pada pukul 9.45 malam yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Perhilitan.

“Empat orang kakitangan Perhilitan Daerah Mersing digegaskan ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi kira-kira pukul 10.00 malam, didapati memang benar seekor tapir jantan telah mati disyaki dilanggar. Soal siasat dengan pengadu mengatakan tapir dipercayai dilanggar sebuah van.

“Pemeriksaan pada tapir turut mendapati terdapat kecederaan di bahagian kepala, badan dan kesan seretan,” katanya menerusi satu kenyataan, di Johor Bahru, hari ini.

Beliau berkata bangkar tapir berkenaan akan ditanam berhampiran kawasan pejabat perhilitan di Jemaluang di Mersing.

“Kes ini merupakan kejadian kelima dalam tahun ini. Pada 4 Feb lepas, seekor tapir betina ditemui mati di Jalan Sekakap-Mersing.

“Siasatan awal mendapati gangguan habitat akibat aktiviti pertanian di kawasan berkenaan telah menyebabkan tapir-tapir ini keluar dari habitatnya,” kata beliau.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS