Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jumlah korban koronavirus di China cecah 812

Jumlah kematian akibat wabak novel koronavirus di China terus menunjukkan peningkatan dengan 812 kes dilaporkan, memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) pada Sabtu lapor agensi berita Anadolu.

Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 37,198 kes disahkan dan 89 orang meninggal dunia manakala lebih 2,600 kes baharu.

Jumlah mereka yang diletakkan di bawah pemerhatian perubatan meningkat kepada 188,183 dan yang dijangkiti berjumlah 28,942.

Di Hong Kong pula seramai 26 orang disahkan dijangkiti virus maut itu manakala di Macau sepuluh orang.

Novel koronavirus yang mula dikesan di bandar raya Wuhan dikatakan merebak kepada manusia daripada haiwan, terutama kelawar.

Selain China, virus itu telah merebak ke lebih 20 negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Perancis, Rusia, Sepanyol dan India.

Banyak negara telah membawa pulang warganya yang berada di Wuhan - dan kawasan lain di China yang terjejas, dan mengasingkan mereka.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengisytiharkan darurat kecemasan global.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS