Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Sambutan Thaipusam, Chap Goh Mei di P Pinang lancar

Dua perayaan utama yang diadakan di Pulau Pinang semalam berjalan lancar meskipun terdapat kebimbangan jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata kedua-dua sambutan utama, Thaipusam dan Chap Goh Mei sempena Tahun Baru Cina itu, telah menarik ratusan ribu pengunjung.

“Saya bersyukur semua acara awam besar-besaran dapat berlangsung dengan jayanya.

"Pihak penganjur telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memberi kesedaran kepada orang awam supaya berhati-hati apabila berada di tempat awam terutamanya di lokasi sambutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Chap Goh Mei di Padang Kota Lama, di George Town malam tadi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata cecair pembasmi kuman tangan serta penutup hidung dan mulut disediakan dan diedarkan kepada orang ramai semasa acara berlangsung sebagai langkah pencegahan koronavirus.

"Pada masa yang sama, petugas program itu juga membersihkan dan membasmi kuman di meja dan kerusi untuk acara itu," katanya.

Beliau berkata beberapa persembahan tarian dari China yang diatur untuk perayaan Chap Goh Mei dibatalkan kerana kru tarian dari Lanzhou dan Qingdao tidak dapat datang ke Pulau Pinang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS