Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rizab a'bangsa Bank Negara AS104b pada 31 Jan

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.2 bilion pada 31 Jan, 2020.

Bank pusat menerusi kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa itu terdiri daripada rizab mata wang asing (US$97.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.9 bilion) dan lain-lain aset rizab (US$2.4 bilion).

Aset pula meliputi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR (RM426.275 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM1.98 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.86 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.067 bilion), hartanah -- tanah dan bangunan (RM4.161 bilion) dan aset-aset lain (RM9.607 bilion), menurut BNM.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS