Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM kesan lelaki bantu siasatan kes rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah.

SPRM dalam kenyataan berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Yusoff Sulaiman, 65, dan beralamat terakhir di 48, Jalan 38/10 Taman Koperasi Polis, Fasa 2 Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Yusoff diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Rosni Mohd Mokhtar di talian 016-773 4561 atau 03-8870 0451.

- Bernama

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS