Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Lelaki, dua kanak-kanak cedera parah terkena tembakan di Pulau Gaya
Diterbitkan:  Feb 6, 2020 12:57 PM
Dikemaskini: 4:57 AM

Seorang lelaki dan dua kanak-kanak berusia 10 dan tiga tahun parah selepas terkena tembakan disyaki dilepaskan oleh seorang lelaki tidak dikenali di atas jambatan di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di Kota Kinabalu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata insiden pada 7 malam itu, telah mencederakan seorang lelaki berusia 36 tahun dan dua kanak-kanak lelaki berkenaan.

“Ketiga-tiga mangsa kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth dan dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata siasatan awal dipercayai seorang lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan dan mengenai ketiga-tiga mangsa terbabit.

“Motif kejadian itu belum dipastikan lagi dan siasatan masih dijalankan,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Habibi berkata pihaknya telah mengenal pasti tempat persembunyian suspek dan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu, Bahagian Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Pasukan Polis Marin (PPM) sedang melakukan operasi di kawasan itu sejak 8 malam tadi.

“Kami sudah mengenal pasti lokasi suspek dan sedang membuat kepungan di lokasi persembunyian tersebut bagi mengelak suspek daripada melarikan diri,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS