Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Teks penuh pernyataan pembukaan DPP dalam kes Rosmah
Diterbitkan:  Feb 5, 2020 1:42 PM
Dikemaskini: 5:42 AM

Di bawah ialah pernyataan pembukaan Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram yang dibacakan hari ini. Rosmah Mansor sedang dibicarakan atas dakwaan menerima rasuah berkaitan projek tenaga solar di Sarawak.


Tertuduh ialah isteri bekas perdana menteri. Dia sendiri tidak mempunyai kedudukan rasmi. Bagaimanapun, susulan sikapnya yang suka mengarah, dia mempunyai pengaruh yang besar.

Dia meletakkan dirinya dalam kedudukan boleh mempengaruhi keputusan dalam sektor awam. Pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan langsung dan mengikut keadaan untuk menunjukkan tertuduh meminta dan menerima suapan seperti didakwa dalam pertuduhan terhadapnya.

Jepak Holdings Sdn Bhd ialah sebuah syarikat sendirian berhad. Pada setiap masa yang relevan terhadap pertuduhan-pertuduhan, Saidi Abang Samsudin ialah pengarah urusan dan pemegang saham majoriti Jepak.

Saidi mahu mendapatkan kerja (projek) daripada kerajaan persekutuan untuk syarikatnya. Secara khususnya, dia mahu dianugerahkan kontrak untuk menjalankan projek hibrid solar yang dikatakan akan memberi faedah kepada 369 sekolah luar bandar di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak. Saidi bersama rakan sekutunya Rayyan Radzwill Abdullah mendapatkan kontrak daripada Kementerian Pendidikan.

Mereka menemui Mahdzir Khalid, menteri pendidikan ketika itu bagi Persekutuan Malaysia. Berlaku pertemuan antara mereka. Ia tidak berhasil buat Saidi. Dia tidak dapat apa-apa.

Saidi dan Rayyan kemudian berjumpa Aazmey Abu Talib, yang mereka anggap dekat dengan suami tertuduh, untuk mendapatkan sokongan bagi permintaan kontrak mereka.

Dengan bantuan Aazmey, Saudi berjaya mendapatkan catatan (minute) daripada suami tertuduh yang menyokongnya surat permohonan. Tetapi ini tidak membantu mempercepatkan perkara itu dengan kementerian.

Saidi and Rayyan terpaksa akur dalam usaha mereka untuk mendapatkan projek hibrid solar buat Jepak. Tidak mendapat keputusan positif, mereka pergi kepada tertuduh yang berjaya dihubungi melalui Rizal Mansor.

Rizal menyusun pertemuan antara Saidi, Rayyan dan tertuduh. Pertemuan itu berlangunsg antara January and April 2016. Ia diadakan secara rahsia di kediaman peribadi tertuduh di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Saidi mahukan jaminan tertuduh bahawa dia akan membantu Jepak. Sebagai balasan, Saudi sedia menyediakan sejumlah wang untuk tertuduh.

Keterangan yang dibawa akan menunjukkan peranan aktif tertuduh untuk mendapatkan projek buat Jepak. Sebagai balasan, dia meminta dan menerima rasuah.

Menurut Saidi, dalam pertemuan pada tahun 2016, tertuduh ditunjukkan permohonan Jepak yang mempunyai catatan (minute) daripada suami tertuduh.

Saidi kemudian membuat tawaran sumbangan politik kepada suami tertuduh sebagai tanda terima kasih kerana menyokong permohonan itu.

Penting untuk dinyatakan bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang kedudukan yang boleh dipertanggunghawabkan dalam sebarang parti politik pada masa itu. Tertuduh tahu bahawa apa yang dikatakan “sumbangan politik” itu bertujuan merasuahnya.

Pembayaran bergantung padanya menggunakan pengaruhnya bagi mendapatkan kontrak hibrid solar buat syarikat Saudi. Selepas pertemuan ini, tertuduh meningkat jumlah sumbangan politik kepada RM187.5 juga - 15 peratus daripada nilai RM1.25 bilion.

Dia menggunakan Rizal untuk membuat tuntutannya dan berunding supaya rasuah itu dibayar padanya. Pada mulanya dia mahu 17 peratus daripada nilai projek, jumlah sehingga RM200 juta. Atas nasihat Rizal, dia setuju terima 15 peratus.

Perjanjian palsu dirangka oleh Lawrence Tee. Tujuan perjanjian itu adalah untuk menyembunyikan pembayaran dan menyembunyikan nama penerima sebenar wang itu. Perjanjian itu telah hilang. Tiada pihak yang pasti siapa yang memilikinya. Lawrence akan memberikan keterangan berkaitan kandungannya.

Pada 20 Disember 2016, selepas perjanjian itu dibuat, Saudi memberikan RM5 juta secara tunai kepada tertuduh seperti dijanjikan. Pembayaran itu dibuat selepas surat penganugerahan projek dikeluarkan oleh Jepak oleh Kementerian Pendidikan.

Wang itu diserahkan ke kediaman rasmi tertuduh di Putrajaya dan diterima olehnya selepas mengesahkan dengan Rizal bahawa ia berjumlah RM5 juta. Keterangan dalam bahagian ini akan digunakan untuk membuktikan pertuduhan pertama terhadap tertuduh.

Kontrak solar itu disempurnakan pada 20 Jun 2017. Kementerian Pendidikan kemudian membuat beberapa siri bayaran kepada Jepak. Kemudian, Saidi menyalurkan RM1.5 juta secara tunai kepada tertuduh di rumahnya di Langgak Duta pada 7 Sept 2017.

Bukti yang disebutkan ini sepatutnya cukup untuk membuktikan pertuduhan kedua dan ketiga terhadap tertuduh. Bukti langsung dan mengikut keadaan akan membuktikan tertuduh digerakkan oleh niat korap pada semua mata material.

Dalam banyak kes rasuah, jika tidak semua pun, pihak pendakwaan terpaksa bergantung kepada keterangan saksi yang berminat. Pada masa yang sesuai, pihak pendakwaan akan mengundang mahkamah untuk meneliti keterangan saksi secara berhati-hati. Tetapi di akhirnya keterangan mereka akan didapati berwibawa dan disahkan dalam butir-butir material.

Pihak pendakwan akan berjaya membuktikan bukan hanya jenayah itu dilakukan tetapi tertuduh yang melakukannya.

Akhir sekali, mahkamah akan mendengar keterangan saksi-saksi yang mungkin berat sebelah terhadap tertuduh. Berkaitan fakta-fakta kes ini, ia tidak dapat dielakkan, Pihak pendakwaan akan mengemukakan kepada mahkamah bagaimana keterangan saksi-saksi ini harus diguna pakai bila sampai masanya untuk membuat penghujahan kami.

3 Februari 2020

[Baca teks asal dalam bahasa Inggeris]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS