Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MPSJ saman balas pasangan dalam kes tangkap anjing
Diterbitkan:  Feb 5, 2020 11:44 AM
Dikemaskini: 5:00 AM

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyaman balas sepasang suami isteri atas dakwaan fitnah berhubung kejadian majlis itu dituduh menangkap anjing terbiar secara ganas.

Menurut saman balas bertarikh 30 Januari, majlis itu dan dua pegawainya menuduh pasangan Koh Tat Meng dan Diong Mei Li mengeluarkan kenyataan fitnah dan membuat tuduhan palsu terhadap mereka semasa kejadian tahun lalu.

Pada 3 Oktober tahun lalu, Koh didakwa menghalang penangkap anjing MPSJ menjalankan tugas mereka kerana tidak berpuas hati dengan cara pengendalian kasar ke atas anjing yang terbiar itu.

Video dirinya bertikam lidah dengan anggota MPSJ itu turut dirakamkan oleh isterinya Diong, dan diedarkan secara meluas di media sosial.

Semasa konfrontasi itu, Koh meyebut nama Nabi Muhammad dan Islam berulang kali sambil merayu kakitangan MPSJ supaya menunjukkan belas kasihan dan tidak mengasari bintang itu.

Walau bagaimanapun, saman balas tersebut mendakwa kenyataan itu sebagai fitnah kerana Koh menyindir mereka sebagai mendera anjing liar dan "tidak mengikuti ajaran Nabi Muhammad" walaupun mereka adalah orang Islam.

Saman itu selanjutnya mendakwa bahawa Diong memfitnah kakitangan MPSJ menyalahgunakan kuasa mereka dan secara palsu mendakwa bahawa anjing itu adalah milik mereka dan tidak menyerang sesiapa pun.

Ini kata, mereka di sebalik aduan oleh penduduk di Taman Puchong Perdana bahawa anjing berkenaan mengganggu mereka dan telah mengigit salah seorang anggota yang cuba menangkapnya.

Menurut saman itu, bahawa anggota MPSJ telah mematuhi prosedur, dan sebagai umat Islam, tidak berindak zalim terhadap anjing-anjing itu atau melakukan apa-apa yang dilarang oleh Islam.

MPSJ mahu mahkamah mengenakan injunksi kepada pasangan itu daripada mengulangi fitnah tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS