Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Rasuah Airbus: SFO tidak pernah hubungi kami, kata Kamarudin, Fernandes
Diterbitkan:  Feb 4, 2020 12:56 PM
Dikemaskini: 4:56 AM

Kamarudin Meranun dan Tony Fernandes mendakwa bahawa AirAsia tidak pernah dihubungi oleh Pejabat Penipuan Serius atau Serious Fraud Office (SFO) di United Kingdom semasa siasatan selama empat tahun mengenai skandal Airbus untuk sebarang penjelasan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kamarudin dan Fernandes berkata tindakan itu satu pelanggaran jelas prinsip undang-undang asas kesaksamaan serta akses kepada keadilan.

“Kami secara kategorinya menafikan semua tuduhan salah laku sebagai eksekutif dan pengarah AirAsia,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Semalam, Kamarudin dan Fernandes, masing-masing melepaskan jawatan eksekutif mereka dalam kumpulan itu, berkuatkuasa serta-merta, susulan siasatan rasuah Airbus.

Kenyataan itu menyebutkan bahawa Caterham F1, syarikat yang dikatakan mendapat tajaan secara tidak wajar oleh Airbus, pada masa itu adalah pasukan Formula 1 yang mengelilingi dunia mempromosikan antara lain AirAsia, AirAsia X, GE dan Airbus.

Menurut mereka, sepanjang tempoh itu sebagai pemegang saham dalam Caterham, syarikat itu tidak mencatatkan keuntungan sebelum dijual pada harga 1 pound Britain pada 2014, kerana dari awal hingga pengakhirannya ia satu penjenamaan serta bukan usaha sama untuk menjana keuntungan.

“Untuk memudahkan siasatan penuh dan bebas oleh AirAsia, kami melepaskan jawatan eksekutif berkuat kuasa serta merta untuk tempoh awal selama dua bulan, yang mungkin akan dilanjutkan mengikut pertimbangan Lembaga Pengarah AirAsia berdasarkan situasi pada masa itu.

“Di atas permintaan Lembaga Pengarah AirAsia, kami bersetuju untuk terus membantu AirAsia dalam kapasiti penasihat apabila dan jika diperlukan,” kata mereka.

Kamarudin dan Tony berkata, mereka mengalu-alukan siasatan oleh pihak berkuasa, dengan menegaskan ia satu-satunya cara mereka boleh mendapat keadilan yang dinafikan oleh proses SFO.

Pada 31 Januari lalu, Airbus SE dan SFO memeterai Perjanjian Pendakwaan Tertunda.

Sebagai sebahagian daripada penggantungan pendakwaan oleh SFO, Airbus bersetuju untuk membayar sejumlah denda dan kos kepada SFO.

Airbus juga bersetuju terhadap kenyataan fakta yang dilihat memberikan implikasi kepada eksekutif AirAsia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS