Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Koronavirus: Ibu pesakit leukimia rayu polis benar anak lepasi sekatan
Diterbitkan:  Feb 2, 2020 4:23 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

Wabak koronavirus yang sudah mengorbankan 304 nyawa di China terus menjadi tumpuan media dalam dan luar negara.

Terbaru, agensi berita Reuters melaporkan kisah Le Yueijin, 50, yang berjuang untuk melepasi sekatan polis di Jambatan Sungai Yangtze untuk keluar dari Wilayah Hubei, China.

Le mengambil tindakan itu bagi menyelamatkan anaknya, Hu Ping, 26, yang menghidap leukemia dan memerlukan rawatan.

Hu dikatakan tidak dapat menerima rawatan kemoterapi kali kedua di hospital-hospital di Wuhan yang merupakan pusat wabak koronavirus.

“Anak saya perlu pergi ke sebuah hospital di Jiujiang, dia (Hu) perlu mendapatkan rawatannya namun mereka (polis) tidak mahu melepaskan kami,” katanya seperti dipetik Reuters.

Hu dilihat duduk dengan badannya berbalut selimut manakala Lu menangis merayu kepada pihak berkuasa.

“Tolong, ambil anak saya, saya tidak perlu melepasi (pos kawalan)…tolong hanya beri anak saya lepas,” katanya lagi.

Rayuannya itu hampir ditenggelami oleh bunyi dari pembesar suara yang direkodkan pihak berkuasa bahawa penduduk di Hubei tidak akan dibenarkan masuk ke Jiujiang.

Jambatan itu telah ditutup bagi menangani penularan wabak koronavirus yang setakat ini menyaksikan seramai 14,380 dijangkiti – majoriti dari kalangan rakyat China.

Berpuluh inidividu lain cuba menyeberangi pusat pemeriksaan polis itu sebelum ini. Ada yang berjaya dapat menahan kereta api dan menempah tiket pesawat yang dibeli sebelum 24 Januari, tetapi ramai juga yang gagal.

Bagaimanapun, Sabtu pagi itu menarik perhatian apabila Lu dilihat merayu dan memberitahu situasi anak perempuannya kepada pihak berkuasa.

“Apa yang saya hendak buat cuma menyelamatkan nyawanya,” katanya.

Setelah sejam dia bercakap dengan Reuters di pusat pemeriksaan, pihak polis membuat satu panggilan telefon dan kemudiannya sebuah ambulans hadir untuk membawa Lu dan Hu.

Hu dengan kaki tempang kemudiannya berjalan melepasi saringan kesihatan bagi memeriksa suhu badannya dan akhirnya menuju ke ambulans itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS