Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Op Tahun Baru Cina: JPJ T'ganu keluarkan 1,058 saman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu telah mengeluarkan sebanyak 1,058 notis saman sepanjang Op Tahun Baru Cina 2020 yang dijalankan sejak 18 Jan lepas.

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata jumlah itu melibatkan pelbagai kesalahan termasuk cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu kompeten (CDL) serta kesalahan teknikal.

"Mengikut statistik Op Tahun Baru Cina 2019 sebanyak 14,022 kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,546 atau 11 peratus telah diambil tindakan berbanding tahun 2020 sebanyak 14,317 kenderaan diperiksa dan 1,058 atau 3.7 peratus sahaja yang diambil tindakan.

"Daripada itu kita lihat berlakunya penurunan peratusan terhadap kenderaan yang dikenakan tindakan dan kesedaran meningkat dalam kalangan pengguna jalan raya terhadap kepatuhan undang-undang," katanya pada sidang media khas sempena Op Tahun Baru Cina 2020 yang berakhir semalam, di Kuala Terengganu malam tadi.

Katanya, pada operasi berkenaan, pihaknya memfokuskan kepada tujuh kesalahan utama iaitu tidak memakai tali pinggang keledar, tidak memakai topi keledar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong di garis berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan dan memotong barisan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS