Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mat Sabu tak mahu layan kritikan Hisham
Diterbitkan:  Jan 30, 2020 10:51 PM
Dikemaskini: 3:37 PM

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ketika ditanya media enggan melayan kritikan MP Sembrong Hishammuddin Hussein mengenai situasi keselamatan di Sabah.

"Dia jawab dulu kenapa kapal tak sampai dan kapal selam tak siap sampai sekarang ini. Zaman dia (jadi menteri) helikopter tak sampai

"Saya tak mahu layan. Beliau patut menjawab (persoalan itu) dahulu," kata Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu, pada satu majlis di Permatang Pauh.

Mohamad merujuk pembelian enam helikopter yang dibeli pada harga RM300 juta ketika Hishammuddin menjadi menteri pertahanan tetapi masih belum dihantar ke Malaysia.

Minggu lalu, bekas menteri pertahanan itu menggesa penggantinya, Mohamad Sabu, memainkan peranan lebih tegas dalam menjaga keselamatan negara, termasuk memantapkan inisiatif Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) selepas kes penculikan di perairan Sabah yang melibatkan nelayan Indonesia baru-baru ini.

"Dah dekat dua tahun Mat Sabu terajui Mindef (Kementerian Pertahanan). Kenapa masih tiada perkembangan baru dan usaha pemantapan inisiatif TCA ini?" soalnya.

"Kalau ya pun tak suka inisiatif yang dimulakan BN, beritahulah apa perancangan PH untuk perkukuh keselamatan khususnya di kawasan perairan Sabah.

"Dah berkali-kali saya tanya, di parlimen dan media sosial. Tak pernah dijawab!" kata Hishammuddin.

Oktober lalu di parlimen, Hishammuddin mengkritik penangguhan pembentangan Kertas Putih Pertahanan dan mendakwa Kementerian Pertahanan di bawah Mohamad 'tiada hala tuju'.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS