Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Yussof Rawther: Polis maklumkan tiada bukti kukuh untuk mula kes ke atas Farhash
Diterbitkan:  Jan 29, 2020 10:09 PM
Dikemaskini: 2:09 PM

Muhammed Yusoff Rawther berkata polis memaklumkannya bahawa tiada bukti mencukupi berhubung dakwaan dia diserang pada Mei lalu oleh Farhash Wafa Salvador, yang merupakan setiausaha politik Anwar Ibrahim, di pejabat presiden PKR itu.

Pada sidang akhbar bulan lalu Yusoff berkata polis gagal mengambil tindakan dalam kes itu dan mendakwa terdapat campur tangan politik dalam siasatan kes berkenaan.

Hari ini, Yusoff memberitahu portal berita Free Malaysia Today bahawa dia hanya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa timbalan pendakwa raya telah membuat keputusan berkenaan.

“Pada asasnya, mereka berkata tidak ada bukti kukuh untuk memulakan kes ke atas Farhash,” katanya seperti dipetik portal itu.

Yusoff sebelum ini memfailkan saman terhadap Farhash pada September tahun lalu bagi mendapatkan pampasan berhubung kecederaannya.

Minggu lepas, Farhash pula memfailkan saman fitnah terhadap Yusoff mengenai tuduhan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS