Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Iran: Pelan damai Timur Tengah oleh Trump umpama 'mimpi buruk'

GLOBAL | Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif pada Selasa menyifatkan pelan damai Timur Tengah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebagai "mimpi buruk bagi rantau itu," lapor agensi berita Xinhua.

"Apa yang digambarkan sebagai 'visi keamanan' itu sekadar mimpi projek pemaju hartanah yang muflis," kata Zarif

"Tetapi ia adalah mimpi buruk bagi rantau ini dan dunia," katanya.

"Diharapkan ia menjadi pengajaran kepada orang Islam yang selama ini seakan menyalak kepada pokok yang salah," kata menteri itu lagi.

Pelan damai Timur Tengah Trump yang diumum awal hari ini, mencadangkan penyelesaian "dua negara" dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai "ibu negara Israel yang tidak dibahagikan".

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS