Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dron penyelamat akan diperluas ke seluruh negara
Diterbitkan:  Jan 29, 2020 12:28 PM
Dikemaskini: 4:28 AM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penggunaan dron oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai alat bantuan menyelamat dalam pengurusan bencana akan diperluaskan ke seluruh negara.

Beliau berkata setakat ini, hanya tiga negeri iaitu Perak, Johor dan Pulau Pinang, masing-masing mempunyai dua unit dron, lapor Bernama.

“Dron ini boleh digunakan misalnya kalau sesiapa berada di laut (perlu diselamatkan) jadi dron akan hantar jaket keselamatan dengan cepat kepada mangsa," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurut Wan Azizah lagi, dron berkenaan boleh mengangkut berat antara 5kg hingga 25kg.

Selain itu, Wan Azizah turut memaklumkan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (Pulapas) akan siap dibina dan diserahkan kepada APM pada April ini.

Beliau berkata kursus pertama Pulapas akan dilaksana mulai Jun depan.

"Penganjuran kursus pada tahun 2020 juga akan melibatkan negara luar iaitu Qatar, Jordan, Bosnia dan Pakistan yang merupakan negara anggota dalam Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabangsa (ICDO) sebagai projek perintis," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS