Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anak tetak putus tangan bapa, dua-dua mabuk
Diterbitkan:  Jan 29, 2020 12:14 PM
Dikemaskini: 4:14 AM

Seorang pekerja kontrak berusia 53 tahun putus di bahagian pergelangan tangan kanan apabila ditetak oleh anak lelakinya dalam pergaduhan di rumah mereka di Taman Keladi dekat Sungai Petani, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata kejadian dikatakan berpunca daripada pertengkaran antara mangsa dengan isterinya pada sebelah pagi dan anak lelaki mereka berusia 29 tahun bertindak mencampuri dan cuba meleraikannya.

“Bagaimanapun suspek (anak mangsa) telah dihalau keluar oleh mangsa. Bagaimanapun anak mangsa pulang semula ke rumah pada kira-kira 8.30 malam, lalu menolak mangsa hingga terjatuh sebelum melibas parang ke arah mangsa.

“Mangsa cuba menahan dengan tangan kanan menyebabkan tangannya putus pada bahagian pergelangan dan kejadian itu disedari anak perempuan mangsa berusia 25 tahun,” katanya dalam kenyataan di Sungai Petani hari ini.

Adzli berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek dalam keadaan mabuk semasa pergaduhan berlaku.

“Susulan itu, suspek yang bekerja sebagai pengutip besi buruk telah ditahan untuk membantu siasatan. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dia direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Semakan jenayah lampau juga mendapati bahawa suspek mempunyai satu kesalahan lampau di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS