Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Berita palsu koronavirus: 4 dikenal pasti bantu siasatan
Diterbitkan:  Jan 27, 2020 2:33 PM
Dikemaskini: 10:55 AM

Pihak polis dan Surunjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan khabar angin atau berita tidak sahih berkaitan Virus Wuhan atau novel coronavirus (2019-nCOV).

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM hari ini.

"PDRM dan SKMM mengambil serius akan perbuatan ini dan tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan ketakutan, panik atau kegusaran kepada orang awam, seterusnya menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada negara," kata dua badan penguatkuasaan itu.

Badan itu mengingatkan tindakan boleh diambil bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh membawa hukuman penjara, denda atau kedua-duanya.

Setakat ini, empat individu telah dikenal pasti untuk membantu siasatan berkaitan penyebaran berita palsu itu, menurut polis dan SKMM lagi.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS