Paling Popular
Terkini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 12 tengah malam esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia malam ini, kawasan yang dijangka terjejas di Sarawak ialah Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau) dan Kapit (Song).

Di Sabah pula, kawasan terbabit ialah Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS