Angka kematian akibat wabak koronovirus di China mencatatkan peningkatan kepada 56 orang dengan lebih 2,000 dijangkiti di seluruh dunia setakat ini, menurut angka yang dikeluarkan pada Ahad.
Presiden Xi Jinping pada Sabtu berkata, China menghadapi keadaan getir ketika pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia bertungkus lumus mencegah wabak berkenaan, lapor Reuters.
Pemerintah China juga melaporkan lima kes di Hong Kong, dua di Macau dan tiga di Taiwan.
Beberapa kes juga dikesan di Thailand, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Vietnam, Singapura, Malaysia, Nepal, Perancis dan Australia.
Terkini, Kanada dilapor menemui kes pertama membabitkan lelaki berusia 50-an yang baru-baru ini terbang dari Wuhan ke Guangzhou, China, dan kemudian ke Toronto.
Pemimpin-pemimpin China pada Sabtu menyatakan penyebaran virus berkenaan berlaku dengan pantas dan amat serius.
Presiden Xi Jinping dipetik berkata keadaan di China disifatkan getir dan beliau mahu kerajaan fokus kepada usaha membendung virus berkenaan.