Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibu bapa, anak kecil disyaki koronavirus ditahan di lapangan terbang Johor

Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang disyaki dijangkiti koronavirus, bersama ibu dan bapanya yang enggan memasukkan kanak-kanak itu ke wad pengasingan di Johor, ditahan polis semalam.

Ketua Polis Johor Kamarudin Md Din memberitahu Malaysiakini bahawa keluarga dari Wuhan, China itu ditahan sebaik sebelum mereka menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, untuk ke Guangzhou, China.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka telah diserahkan kepada pihak berkuasa kesihatan negeri untuk tindakan lanjut.

"Ya, polis tahan mereka di lapangan terbang kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

"Mereka telah beli tiket ke Guangzhou untuk kembali ke China. Kita telah serahkan mereka kepada hospital," katanya menerusi pesanan teks.

Semalam seorang doktor di Hospital Sultanah Aminah membuat laporan polis selepas pasangan itu enggan memasukkan anak perempuan mereka ke hospital untuk diasingkan dan pemeriksaan lanjut, walaupun didapati mengalami demam virus yang disyaki koronavirus (2019-nCoV).

Pasangan itu pada mulanya ke pusat perubatan swasta di negeri itu sebelum dirujuk ke hospital pada Jumaat malam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS