Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Koronavirus: 11 juta penduduk Wuhan disekat keluar
Diterbitkan:  Jan 23, 2020 12:30 PM
Dikemaskini: Jan 27, 2020 10:28 AM

China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan, susulan penularan wabak koronavirus.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam catatan Twitter yang berkongsi mengenai perkara itu memaklumkan 11 juta penduduk di situ juga tidak dibenarkan keluar.

"Semua pengangkutan awam seperti bas, subway, feri dihentikan sementara bermula 10 pagi 23 Jan. Lapangan terbang ditutup dan semua penerbangan dari Wuhan dibatalkan," menurut catatatan tersebut.

Media semalam melaporkan, setakat ini sembilan maut akibat virus itu, manakala kira-kira 400 lagi telah dijangkiti.

Amerika Syarikat turut mengumumkan virus berkenaan telah memasuki negara itu.

Pada Isnin, Suruhanjaya Kesihatan Negara China mengesahkan jangkitan manusia kepada manusia yang membabitkan koronavirus baharu itu.

Sebelum ini, virus itu dianggap hanya boleh dijangkiti selepas terdedah kepada haiwan yang sakit.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS