Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Hanya mercun Happy Boom dan Pop Pop dibenarkan
Diterbitkan:  Jan 17, 2020 6:28 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

Sempena musim perayaan, polis mengingatkan orang ramai berhubung larangan bermain mercun dan bunga api yang tertakluk di bawah Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Dalam kenyataan media hari ini, Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor bagaimanapun berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi kelulusan kepada 44 item bunga api jenis 'Happy Boom' dan 'Pop Pop'.

"Daripada jumlah tersebut, 36 item bunga api jenis Happy Boom dan Pop-Pop dibenarkan untuk dijual secara umum.

"Manakala sembilan lagi item bunga api jenis Happy Boom dibenarkan dijual secara umum dengan bersyarat iaitu persatuan atau individu, boleh membeli bunga api tersebut melalui syarikat pengimport dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan," katanya.

Tambah Mazlan, peniaga kecil, peruncit, pasar raya atau ejen tidak dibenarkan menjual bunga api yang dilarang.

Bunga api berkenaan juga , katanya, tidak dibenarkan dijual kepada pembeli berumur kurang 18 tahun atau melalui dalam talian ahupun aplikasi media sosial.

Pasaraya dan pusat beli belah dibenarkan menjual bunga api yang diluluskan di luar premis dengan syarat mempunyai tempat simpan selamat dan lesen yang diperakui.

"Peniaga kecil atau bazar dibenarkan menjual bunga api yang di lampiran 1 (yang diluluskan) dengan syarat memiliki tempat simpan selamat serta mempunyai lesen/kupon/surat kebenaran daripada pihak berwajib seperti pihak berkuasa tempatan.

"Peruncir seperti 7-Eleven, MR DIY, 99 SPeedmart atau seumpamanya hanya dibenarkan untuk menjual satu item bunga api sahaja iaitu jenis Pop Pop," katanya.

Maszlan juga mengeaskan bahawa bagi mengelakkan mengganggu orang lain, tempoh bermain mercun adalah sehingga pukul 12 tengah malam dan hanya di kawasan lapang dan selamat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS