Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sarawak sediakan dana untuk pertandingan berzikir

Bagi mempertahankan kebudayaan berzikir dalam kalangan masyarakat Melayu di Sarawak, kerajaan negeri akan memberikan dana untuk penganjuran pertandingan berzikir, kata Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata berzikir merupakan budaya kaum Melayu di Sarawak sejak zaman dahulu dan setiap kali ada keramaian seperti majlis kesyukuran dan kenduri, berzikir adalah aktiviti wajib yang dijalankan sebagai satu cara merapatkan silaturahim.

“Justeru itu, kerajaan negeri amat menyokong dan akan memberikan dana untuk sebarang penganjuran pertandingan berzikir di peringkat negeri agar budaya berzikir dapat diturunkan kepada generasi baharu supaya tidak dilupakan.

“Berzikir adalah kebudayaan Melayu yang patut dipertahankan, zikir Sarawak ini unik,” katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Marhaban Perdana 2020 dan Kenduri Rakyat Persatuan Berzanji Negeri Sarawak di Dewan Suarah Kota Samarahan hari ini.

Di majlis itu, sebanyak 120 kumpulan berhimpun bagi bersama-sama berzikir bersempena dengan ulang tahun ketiga Abang Johari sebagai ketua menteri yang mengantikan Allahyarham Adenan Satem yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada tahun 2017.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS