ULASAN l Fakta, tidak pernah menipu, walaupun ia betul, tetap menjadi mangsa pertama dalam peperangan. Apabila dua pihak atau lebih mula bergaduh, perkara pertama yang mereka berbohong adalah niat sebenar dan motivasi mereka terhadap sesuatu pergaduhan itu.
Pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang menentang penglibatan AS di Vietnam, Senator William Fulbright, sudah pasti menjadi individu pertama yang memahami hal ini. Sebab itu, sehingga ke hari ini, biasiswa yang paling berprestij, setanding biasiswa Rhodes dan Truman, adalah biasiswa daripada Fulbright.
Ramai rakyat Malaysia dan bukan Malaysia yang meneruskan pengajian atau melawat di AS menggunakan biasiswa Fulbright. Mereka ini mengamalkan konsep persefahaman dan kedamaian.
Pembunuhan pemimpin tertinggi pengawal tentera revolusi Islam atau Islamic Revolutionary Army Guards (IRAG) baru-baru ini, yang dikenali sebagai Al Quds di Iran, mirip kejadian ketika percubaan untuk menuntut kembali Jerusalem atau Baitul Muqaddis, sememangnya satu tindakan agresif yang berisiko dan berbahaya oleh Presiden Donald Trump.
Tindakan ini diakui oleh beliau sebagai ketua komander AS, yang memberi lampu hijau untuk membunuh Solemaini, dan timbalannya, termasuk timbalan Hezbollah, militan yang semakin berkembang kepada 800 subsidiari merentasi Asia Barat dan Afrika Utara (MENA).
Disebabkan populariti Al Solemaini, populariti yang melebihi 80 peratus setelah menjadi wira kepada Iran, para ulama dan Al Quds bersumpah untuk membalas dendam.
Tiada siapa yang tahu bagaimana sayap Syiah beroperasi di Iran, ditubuhkan oleh Ayatollah Ali Khameinei, dan Presiden Rouhani dan Al Quds, bersetuju untuk membalas dendam sebagai tindak balas adil, hutang darah dibayar darah.
Ungkapan itu telah meresap ke dalam rakyat Iran dan media barat, dan ini bermaksud akan berlaku beberapa pendaratan mortar di kedutaan AS, yang juga dikenali sebagai zon hijau di Baghdad, atau pangkalan Kirkuk di Iraq. Benar, pertempuran sudahpun bermula.
Namun, bagi mereka yang cuba mentafsir ini sebagai permulaan kepada satu lagi Perang Dunia, mereka harus berhati-hati dalam memahami konteks ini. Amerika Syarikat telah memerhati tindakan Iran sejak Presiden Barack Obama lagi.
Walaupun Iran menyokong tindakan Presiden Bashar Assad yang menyerang rakyatnya sendiri menggunakan senjata kimia berulang kali, AS tetap meneruskan tindakan yang berhati-hati dengan menandatangani perjanjian Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).
Matlamatnya adalah untuk menyahnuklearkan senjata ketenteraan Iran, yang memberi kredit kepada Iran, dan ia bersetuju serta mematuhinya sehingga tindakan pencerobohan baru-baru ini oleh presiden AS yang narsisistik, Trump.
Tetapi apabila pasukan Trump menyedari terdapat lebih kurang 800 Hezbollah masih aktif di MENA, mereka menimbulkan konflik, menahan mereka, dan cuba memastikan rejim kejam seperti Syria tetap berkuasa - yang membawa kepada perang berpanjangan antara Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terhadap Houthis di Yemen - AS memutuskan untuk menarik diri daripada JCPOA pada tahun 2017 secara bersendirian, yang mencetuskan kebimbangan ramai termasuk sekutu NATO mereka.
Tersinggung dan marah dengan penarikan JCPOA oleh AS, bermaksud sekatan ekonomi global AS akan berterusan selamanya ke atas Iran, Presiden Rouhani, Ayatollah Khamenei, dan Al Quds telah cuba memastikan AS dihukum kerana tidak bersetuju dengan perjanjian itu; yang mana Kesatuan Eropah (EU), secara kebetulannya, masih menyokong, kerana mereka tidak pernah melihat Hezbollah atau 800 militan ini sebagai ancaman, bertentangan dengan pandangan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Untuk itu, anak menantu Trump yang juga teman rapat kepada Zionis-Israel, Jared Kushner seharusnya menjadi orang penting untuk Rumah Putih (White House) di Asia Barat.
Pada hari ini dan seterusnya, harga minyak mentah Brent akan mencerminkan kekeliruan dan ketengangan ini, kerana itulah harga minyak se-tong akan dinaikkan daripada AS$68 kepada AS$70 sebelum jatuh dan berpotensi untuk naik semula.
Pasaran saham di seluruh dunia juga menyaksikan penurunan mendadak walaupun pemulihan mungkin berlaku kerana Iran setakat ini hanya mensasarkan dan menghadkan tindak balas mereka kepada Pangkalan Tentera AS sahaja. Iran juga mengeluarkan kenyataan bahawa tidak akan ada tindak balas susulan jika AS menghentikan pencerobohan unilateralnya.
Pengulas CNN seperti Fareed Zakaria yang mempunyai lulusan doktor falsafah di dalam bidang pemerintahan dari Universiti Harvard menganggap apa yang dilakukan oleh Trump adalah kesilapan yang memalukan.
China mengembangkan ekonominya untuk menguasai 10 ekonomi industri strategik dunia menjelang 2045, telah menjadi nombor satu di dalam emua sepuluh sektor tersebut, bermula daripada perdagangan digital sehingga kepada satelit ruang angkasa, manakala AS, semakin merosot dan terlibat pula dengan konflik baru, kali ini dengan Iran atau Persia.
Tetapi sekali lagi, serangan ini juga telah menjadi asas kepada penyatuan pengundi Trump. Dengan kes pertuduhannya yang masih belum selesai, Trump perlu mengambil langkah ini untuk memastikan rakyat AS bersikap lebih nasionalis.
Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan terus menerus mencabar Iran. Malahan, Wall Street telah meningkat lebih 30 peratus minggu lepas. Dan ini adalah rekod kelima AS selepas beberapa kurun.
Sememangnya, Wall Street juga menguruskan stok dan pelbagai instrumen pelaburan bernilai AS$47 trillion. Dan pelaburan ini telah dimanfaatkan oleh separuh daripada penduduk Amerika menerusi skim persaraan ataupun skim insuran sosial.
Fakta kepada situasi yang berlaku ini adalah, AS dan Iran akan terus mengguna pakai semangat nasionalisme sebagai tirai kepada agenda domestik mereka, walaupun sebenarnya penguasaan ke atas MENA adalah impian sebenar mereka.
Bulan lepas, rakyat Iran berdemonstrasi ke atas ketidakupayaan kerajaan Teheran untuk menurunkan kos beban hidup yang tinggi. Teheran hidup di dalam ketakutan disebabkan kebimbangan akibat dibuang oleh rakyat mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, apabila mereka terlibat dalam situasi yang agresif seperti ini, penunjuk perasaan mengalih perhatian kepada mempertahankan negaranya terhadap AS.
Memahami situasi yang berlaku di Teheran ini adalah lebih baik daripada tertanya-tanya sama ada AS dan Iran akan memulakan perang dunia atau tidak, walaupun ada kebarangkalian perkara ini boleh memulakan perang dunia.
Di dalam mana-mana peperangan, sebagaimana sejarah telah berulang kali menunjukkan, tidak akan ada pemenang, hanya kekalahan. Walau bagaimanapun, sesiapa ingin membuat naratif mengenai hal ini, selepas perang!
DR RAIS HUSSIN ialah presiden dan ketua pegawai eksekutif badan pemikir berfokuskan penyelidikan dasar berteraskan data, Emir Research. Ia ditunjangi nilai-nilai konsultansi, kesederhanaan dan kerapian.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.