Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dua Mahkamah Sesyen baharu akan dibuka, satu di Semenyih, Selangor dan satu lagi di Langkawi, Kedah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata kedua-dua mahkamah itu ditubuhkan bagi menjimatkan masa dan kos pihak-pihak yang memerlukan bantuan kehakiman di Mahkamah Sesyen di samping memastikan hak akses mereka kepada keadilan.

Dalam satu kenyataan, Liew berkata di Semenyih, Mahkamah Sesyen Khas ditubuhkan untuk memudahkan hak akses kepada keadilan bagi warga asing yang ditahan di Malaysia atas tuduhan yang berkaitan dengan imigresen manakala Mahkamah Sesyen di Langkawi pula akan mendengar kes sivil serta jenayah.

"Ia akan mempercepatkan pelupusan kes-kes ini, mencegah tunggakan kes dan memendekkan tempoh penahanan dalam tahanan imigresen sementara menunggu perbicaraan.

"Sebelum ini, Mahkamah Sesyen yang terdekat dengan Langkawi terletak di Alor Setar, iaitu perjalanan selama dua jam melalui jalan laut," katanya sambil menambah ia juga akan diperluaskan ke negeri-negeri lain dalam masa yang terdekat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS