Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KM Sabah nafi suap pengundi Kimanis
Diterbitkan:  Jan 6, 2020 2:34 PM
Dikemaskini: 6:34 AM

Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal, hari ini menafikan beliau melakukan kesalahan pilihan raya selepas dituduh mengedarkan derma pada hari ketiga kempen pilihan raya kecil Kimanis.

Menurut Mohd Shafie, beliau memang memberikan sumbangan kepada orang ramai tetapi ia berlaku di Sandakan, bukannya Kimanis.

Menjelaskan hal itu, Mohd Shafie berkata, pada hari kejadian beliau bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menghadiri majlis perasmian projek menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan.

Kerana kekangan masa, katanya, beliau menunaikan solat di sebuah masjid berhampiran dan menghulurkan sedikit sumbangan kerana memahami masalah yang dihadapi penduduk setempat.

"Itu bukan di Kimanis, itu di Sandakan. Bukan tujuan kami mahu memberi sedekah kepada pengundi... orang Sandakan bukan mengundi di Kimanis," katanya.

Terdahulu gambar bekas naib presiden Umno itu menyerahkan wang tunai kepada orang awam menjadi tular dan beliau didakwa cuba membeli undi menjelang PRK Kimanis pada pertengahan Jan ini.

Beberapa pihak kemudian mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.

Media melaporkan Mohd Shafie dan Lim menghadiri majlis perasmian projek menaik taraf lapangan terbang Sandakan bernilai RM80.9 juta.

Mohd Shafie mendakwa tindakan menularkan gambar berkenaan dan mengaitkannya dengan kempen PRK Kimanis adalah taktik kotor dimainkan pembangkang.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS