Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hina Dr Zakir: Polis buka kertas siasatan terhadap ahli MBS
Diterbitkan:  Jan 6, 2020 2:12 PM
Dikemaskini: 6:12 AM

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang ahli Majlis Bandaraya Seremban (MPS) yang didakwa telah mencetuskan kontroversi dengan memuat naik gambar menghina pendakwah bebas, Dr Zakir Naik di media sosial Facebook, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata K Senthivelu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan susulan lima laporan dibuat oleh pelbagai pihak berkaitan status gambar tersebut yang didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan. Apabila laporan telah dibuat, siasatan akan dijalankan untuk merakam percakapan dia.

“Kita akan tengok sejauh mana hasil siasatan itu. Bagaimanapun, kita perlu lengkapkan kertas siasatan dahulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Hari Pertama Persekolahan Tahun 2020 di Kolej Vokasional Ampangan (KVA) di Seremban, hari ini.

Turut hadir, Pengarah KVA, Sarimen Sapiei.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS