Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PBS putuskan tidak bertanding di Kimanis bagi elakkan undi berpecah
Diterbitkan:  Jan 3, 2020 3:32 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

PRK KIMANIS l Parti Bersatu Sabah (PBS) telah memutuskan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, pada 18 Januari ini dalam usaha untuk memastikan undi tidak berpecah.

“Keputusan ini juga bagi menyokong pandangan dalam kalangan parti pembangkang bahawa kita perlu mengelakkan perpecahan undi sesama penyokong kami.

“Jika tidak, ia akan memberikan kelebihan kepada gabungan kerajaan yang memerintah,” kata presidennya, Maximus Johnity Ongkili pada sidang akhbar, di Kota Kinabalu, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin berkata PBS, bekas sekutu BN, akan membenarkan parti pembangkang bertanding di kerusi parlimen itu.

Mengulas lanjut, Maximus berkata, PBS akan menyokong calon bertanding yang memiliki pandangan sama dengan parti pembangkang tempatan dalam beberapa isu berkaitan hak negeri itu.

“Kepemimpinan parti menetapkan syarat kepada calon yang mewakili pihak pembangkang untuk mendapat sokongan ahli dan penyokong PBS di Kimanis pada PRK itu.

“PBS akan menyokong, malah lebih 3,000 penyokong parti di Kimanis juga akan memihak kepada calon jika memenuhi tiga kriteria, iaitu calon itu mestilah seorang pejuang yang lantang dalam mempertahankan hak Sabah sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kedua, calon perlu berani melindungi Sabah daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) dan penceroboh di wilayah ini.

“Selain itu, calon mesti menentang dasar dan program yang menjejaskan keamanan Sabah serta mengancam hak kewarganegaraan orang asal di negeri ini,” katanya.

Maximus yang juga ahli parlimen Kota Marudu berkata, PBS berharap calon terbabit akan turut menolak cadangan kerajaan untuk melaksanakan Pas Sementara Sabah (PSS).

“Bagi PBS, PSS adalah ancaman utama kepada hak warganegara kita dan dilihat menjadi satu bentuk rasmi untuk PATI tinggal secara kekal di negeri ini,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS