Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wan Ahmad: Belum sampai masa untuk sistem baru pilihan raya
Diterbitkan:  Jan 3, 2020 12:14 PM
Dikemaskini: 4:14 AM

Bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar berkata Malaysia masih belum bersedia menggunakan sistem pilihan raya perwakilan berkadar (PR) yang dicadangkan Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC).

“Saya rasa ada 10 perkara lain yang perlu diberi perhatian dalam proses demokrasi negara kita.

“Ini (mengubah sistem) kita tinggal akhir sekali, bila dah selesai semua barulah kita pergi kepada ubah sistem.

“Sistem yang kita pakai lebih 60 tahun usianya, dah 14 kali pilihan raya, berjalan lancar dan tiada masalah.

“Sistem yang ada sekarang memang adil kerana rakyat memilih wakil rakyat untuk mewakili kawasannya,” katanya, lapor Sinar Harian.

ERC akan mengusulkan kerajaan menggantikan sistem pemenang undi terbanyak (FPTP) yang dipakai sekarang kepada PR untuk kerusi parlimen.

Pengerusi ERC, Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, sistem PR lebih adil dan demokratik, selain menggalakkan parti politik untuk melebihkan khidmat mereka kepada rakyat selain menjadikan mereka lebih bersatu-padu.

Wan Ahmad juga berpendapat lebih baik tumpuan diberikan dalam memperbaiki sistem demokrasi dalam Malaysia.

“Jawatankuasa berkenaan perlu melihat bagaimana parti yang bertanding ini mempunyai kesamarataan ketika bertanding, sama rata gelanggang, sama rata penggunaan media.

“Kesamarataan masih belum nampak,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS