Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kru kapal ditahan Iran mungkin bukan warga Malaysia

Ada kemungkinan yang besar 16 anak kapal yang ditangkap pihak berkuasa Iran di Selat Hormuz pada Isnin bukan rakyat Malaysia, kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

“Setakat maklumat yang ada, kita baru dapat tahu nama kapal. Enam belas orang kru itu kemungkinan besar bukan rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur malam tadi.

Menurut Saifuddin lagi, buat masa ini kerajaan tidak boleh menyebutkan maklumat yang diperolehi secara khusus.

“Kita masih menunggu maklumat yang paling tepat dari Kementerian Luar Iran,” katanya.

Terdahulu, agensi berita antarabangsa melaporkan, Pengawal Revolusi Iran merampas sebuah kapal kerana disyaki menyeludup minyak. Turut ditahan, 16 orang kru dalam kapal berkenaan.

Pihak berkuasa turut merampas 1.3 juta liter bahan api yang diseludup dari sebuah kapal yang tidak dinamakan, di kedudukan kira-kira 15 batu nautika dari pulau Abu Musa.

Sementara itu, Saifuddin menambah bahawa rakan sejawatannya di Iran dijangka bakal memberikan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut lewat pagi ini.

Saifuddin ditemui selepas menghadiri perayaan sambutan tahun baru dan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 di Dataran Merdeka oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS