Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ketua Umno Kimanis paling popular untuk jadi calon BN'

PRK KIMANIS l Ketua Bahagian Umno Kimanis Mohamad Alamin muncul sebagai individu paling popular di kalangan pengundi tempatan untuk mewakili BN, menurut tinjauan BN Sabah, kata sumber.

BN Sabah diberi kebenaran oleh BN pusat untuk memilih calonnya untuk kerusi parlimen itu.

"Kami telah menyenarai pendek lima hingga enam calon. Kami menunjukkan namanya kepada pengundi untuk memilih calon pilihan mereka untuk diturunkan sebagai calon BN pada PRK Kimanis," kata sumber itu.

"Setakat ini, kami telah menjalankan empat pusingan tinjauan di lapangan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, keputusan akhir itu akan diketahui selepas BN Sabah menerima hasil laporan tinjauan itu.

Mohamad sebelum ini menang kawasan Bongowan pada PRU13, salah satu kerusi DUN di bawah Kimanis.

Namun, pada PRU14, beliau kalah kerusi tersebut kepada parti Warisan dengan majoriti 795 undi.

Selain Mohamad, Ketua Pemuda Bahagian Umno Kimanis, Ahmad Firdaus Anifah, anak sulung bekas ahli parlimen Kimanis Anifah Aman dalam senarai nama itu, kata sumber itu.

Portal berita, Free MalaysiaToday memetik Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin yang mengesahkan bahawa Ahmad Firdaus dan adiknya Ahmad Zachry Anifah disenarai sebagai bakal calon BN.

Tidak seperti bapa, yang keluar daripada parti pada September 2018, Firdaus dan Zachry masih bersama Umno.

Ahmad Firdaus merupakan seorang usahawan, manakala hanya terdapat maklumat sedikit tentang Ahmad Zachry.

Calon lain dalam senarai pendek ialah pensyarah UMS Saat Ag Damit dan bekas pegawai negeri, Ismail Ahmad, kata sumber itu kepada Malaysiakini dengan syarat tidak mendedahkan namanya.

Beliau berkata mereka telah menjalankan empat pusingan tinjauan sejak Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan pilihan raya 2018 untuk kerusi Kimanis pada 12 Disember.

Tambahnya, BN akan mengumumkan calonnya pada 1 Januari ini.

Pengerusi BN merangkap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Wee Ka Siong bersama Presiden MIC S Vigneswaran dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan menghadiri majlis pengumuman calon," tambah sumber itu.

Pada 16 Disember, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa PRK Kimanis akan diadakan pada 18 Januari.

Penamaan calon dijadual pada 4 Januari, manakala undi awal ditetapkan pada 14 Januari.

Pada PRU14, Anifah mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti tipis 156 undi.

Beliau memperolehi 11,942 undi dalam pertarungan tiga penjuru, dengan Karim menerima 11,786 undi dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail mendapat 1,300 undi.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS