GLOBAL | Sekurang-kurangnya 26 dilaporkan terbunuh selepas sebuah bas ekspres terjunam ke dalam sebuah gaung di Sumatera Selatan, Indonesia.
Menurut media tempatan, bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Bengkulu ke Palembang itu membawa seramai 50 penumpang.
Menurut Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Sumatera Selatan, Supriadi, bas itu bertolak dari Bengkulu jam 11 malam tadi dan dilaporkan terbabas di KM 9 Desa Plang Kenidai Kelurahan Plang Kenidai Kecamatan Dempo Tengah, Kota Pagaralam, pada jam 11.15 malam tadi.
"Bas ekspress itu terbabas dan terjunam sedalam 150 meter ke dalam gaung, sebelum terhumban ke Sungai Lematang," katanya.
Setakat ini dilaporkan 26 terbunuh dan selebihnya mengalami kecederaan.
Pihak berkuasa masih melakukan evakuasi dan mereka yang dapat dikeluarkan dari kawasan itu telah dihantar ke Rumah Sakit Besemah Pagar Alam.
Setakat ini belum terdapat laporan kejadian itu melibatkan warga negara asing.
-Bernama