Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ASB: Agihan pendapatan, bonus 5.5sen seunit
Diterbitkan:  Dec 18, 2019 3:26 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5sen seunit dengan bonus 0.5sen bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk 2019, menurut perkhidmatan berita pantas Bernama.

Pengerusi PNB Zeti Akhtar Aziz berkata ia akan melibatkan pembayaran sebanyak RM9 bilion kepada 10 juta pemegang unit.

“(Kita) puas hati kerana situasi sangat mencabar,” beliau dipetik sebagai berkata ketika menjawab soalan.

Pulangan yang diumumkan hari ini menjadi angka terendah baru sejak semenjak penubuhannya padanya pada 1990.

Tahun lepas Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 6.5sen dan bonus 0.5 sen seunit ASB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS