Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahathir senyum, geleng apabila ditanya jika dia ada jumpa Azilah

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggelengkan kepalanya sambil tersenyum apabila ditanya sama ada dia ada berjumpa dengan bekas aanggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati.

Sejurus kemudian Mahathir meninggalkan sidang akhbar yang diadakan susulan lawatannya ke Bandar Malaysia selepas menyaksikan majlis permeteraian perjanjian antara TRX City Sdn Bhd (TRXC) dan IWH CREC Sdn Bhd (IWH-CREC).

Terdahulu, peguam yang mewakili bekas perdana menteri, Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah mendakwa Azilah berjumpa dengan seorang VVIP di luar penjara Kajang pada Februari lalu.

Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa Azilah, dalam akuan berkanunnya (SD) mendakwa Najib adalah antara mereka yang memberi arahan supaya dia membunuh Altantuya Shaariibuu dari Mongolia.


Pendedahan mengejutkan dari Azilah - ‘Najib arah saya bunuh Altantuya'


Shafee juga mendakwa, beliau turut mengetahui seorang lagi tertuduh iaitu bekas anggota polis, Koperal Sirul Azhar Umar menerima lawatan tiga individu yang memujuknya untuk membuat kenyataan yang menentang Najib.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama individu terbabit, tetapi memberitahu ia termasuk seorang pemberita.

Najib menafikan dirinya mengenali Altantuya, dan menyifatkan SD Azilah sebagai semata-mata rekaan.

Sebelum ini, pada bulan Jun tahun lalu, Sirul pernah menulis kepada Mahathir, memohon pengampunan penuh sebagai pertukaran untuk mendedahkan semua maklumat mengenai pembunuhan Altantuya.


Sirul sedia pulang, dedahkan maklumat kes Altantuya


Surat itu disampaikan melalui penyokong tegar Mahathir, Khairuddin Abu Hassan, yang melawat Sirul di Sydney.

Pada 2015, Mahathir juga berjumpa dengan ibu Sirul di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Ini kemudiannya disusuli dengan satu catatan di blognya yang menyerang Najib kerana menolak atau mengelak menjawab soalan termasuk kes pembunuhan Altantuya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS