Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis mahu melihat akuan berkanun (SD) yang mendakwa bekas perdana menteri Najib Abdul Razak terbabit dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan seterusnya, kata Bukit Aman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Huzir Mohamad memberitahu pemberita pada awal petang ini bahawa pihak berkuasa itu perlu mengesahkan SD, yang dibuat oleh bekas anggota Unit Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri.

"Kita belum tengok lagi SD itu. Kecuali kamu boleh bawa kepada kami," kata Huzir ketika ditanya pada sidang media di Shah Alam.

Beliau ditanya jika polis mempertimbangkan akan membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya dan memanggil Najib untuk disoal berdasarkan SD yang dibuat Azilah yang sekarang menunggu hukuman mati atas sabitan kesalahan membunuh model warga Mongolia itu pada 2006.

Ketika diminta mengulas lanjut sekiranya polis akan menghantar penyiasat untuk menemu bual Azilah di penjara, Huzir berkata: "Kami akan tentukan kemudian. Kesahihan (SD) pun belum tahu."

Terdahulu hari ini, Malaysiakini melaporkan dakwaan Azilah yang mengejutkan di dalam akuan berkanunnya, di mana dia mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada Najib dan rakan rapatnya, Abdul Razak Baginda.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS