Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Persidangan PBB isu perubahan iklim berakhir dengan kekecewaan

GLOBAL | Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-25 (COP25) membuahkan kekecewaan dari segi jangkaan menerusi keputusan muktamad yang dikeluarkan pada Sabtu selepas rundingan berterusan dalam kalangan delegasi yang mengambil bahagian, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Perbincangan telah dilanjutkan dua hari bagi membolehkan wakil 197 negara anggota PBB mencapai kata sepakat dalam keputusan muktamad selepas mesyuarat rasmi COP25 yang berlangsung dari 2 hingga 13 Disember.

Negara dengan pendekatan berbeza bagi menangani perubahan iklim gagal mengatasi perbezaan dalam kepentingan nasional berhubung pengagihan pelepasan karbon global, integriti alam sekitar dan pembiayaan.

Satu-satunya perkara penting dalam deklarasi akhir itu ialah penekanan terhadap langkah untuk merapatkan jurang pelepasan karbon antara negara anggota menjelang 2020.

Banyak organisasi alam sekitar menyifatkan COP25 sebagai "satu sidang kemuncak yang mengecewakan” dan “di bawah jangkaan."

Persidangan tersebut dijadualkan berlangsung di Santiago, Chile namun dipindahkan ke ibu negara Sepanyol iaitu Madrid susulan kekacauan yang berlaku di ibu negara Chile itu.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS