Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahathir: Tak perlu perjumpaan di AS menjelang sidang Apec

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad percaya bahawa tiada keperluan mengadakan mesyuarat di AS menjelang sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) yang akan dianjurkan Malaysia tahun depan.

Presiden AS Donald Trump sebelum ini mencadangkan perjumpaan itu berikutan pembatalan sidang kemuncak asal pada Nov 2019 di Santiago, Chile.

Pada sidang akhbar pagi ini, Mahathir berkata bahawa perjumpaan sedemikian memerlukan persediaan yang rapi.

"Saya fikir ia tidak perlu.

"Chile sebenarnya telah melakukan banyak persiapan.

"Tidak ada pihak lain yang dapat melakukan kerja satu tahun seperti Chile dan sekiranya hanya untuk mengadakan mesyuarat, mesyuarat 'impromptu' [...] jadi itulah sebabnya kami memutuskan bahawa tidak perlu," katanya ketika ditanya tentang cadangan Trump.

Mahathir bercakap dengan media selepas melancarkan sidang kemuncak Apec 2020, yang akan menyaksikan Malaysia menjadi penganjur buat kali kedua.


Berita berkaitan: Dr M harap WKB2030 jadi pemacu sidang kemuncak Apec 2020


Mahathir menambah bahawa "hampir semua pihak" di Apec telah menolak jemputan untuk berjumpa pada Januari 2020.

"Saya dengar ada undangan yang diberikan kepada negara-negara Apec tetapi hampir semua pihak memutuskan bahawa ia tidak perlu. Jadi kami tidak pergi, " katanya.

Apec mempunyai 21 ahli iaitu; Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand AS dan Vietnam.

Kali terakhir Malaysia menjadi penganjur sidang kemuncak itu ialah pada 1998. Mahathir merupakan perdana menteri ketika itu.

Secara keseluruhan, rakan ekonomi Apec membentuk 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dan hampir separuh daripada perdagangan dunia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS