Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fuziah: Merokok bertentangan maqasid syariah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata menghisap rokok bertentangan dengan maqasid syariah kerana memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Beliau bagaimanapun mengakui biarpun fatwa merokok adalah haram kerana terdapat kemudaratan, ia sukar dilaksanakan kerana penguatkuasaan fatwa tersebut terletak di bawah bidang kuasa jabatan agama Islam setiap negeri.

"Dari segi konsep kalau orang tanya saya berpegang kepada menghisap rokok bertentangan dengan maqasid syariah kerana maqasid syariah itu memelihara nyawa dan apa yang memudaratkan tidak lah harus dilakukan kerana memberi mudarat kepada kesihatan dan nyawa," katanya kepada pemberita di Langkawi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masih ada umat Islam meneruskan tabiat merokok biarpun difatwa haram.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang diadakan pada Mac 1995 memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya haram menurut pandangan Islam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS