Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jamil Rakon dilantik sebagai Ketua Setiausaha KDN yang baru berkuat kuasa hari ini.

Jamil, 57, menggantikan Alwi Ibrahim yang bersara wajib, semalam.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata pengumuman pelantikan dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin semasa mesyuarat pasca kabinet KDN hari ini.

Berkelulusan Sarjana Pengurusan dari Australian Defence Force Academy, Canberra, Jamil memulakan perkhidmatan awam di Kementerian Pertahanan pada Disember 1992 selain turut berpengalaman bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan.

"Pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki beliau akan dapat memperkasakan lagi tadbir urus dan meneruskan kecemerlangan kementerian," kata KDN.

KDN turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Alwi atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat di kementerian itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS