Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Helikopter MD: Kabinet akan putus terus beli atau batal - Mohamad
Diterbitkan:  Nov 25, 2019 2:47 PM
Dikemaskini: 6:47 AM

Kementerian Pertahanan akan menyerahkan kepada kabinet bagi membuat keputusan sama ada menerus atau membatalkan pembelian helikopter tempur ringan MD530G, kata Mohamad Sabu.

Menteri Pertahanan itu berkata pihaknya telah mendapatkan pandangan daripada Peguam Negara dan Bahagian Dasar Kementerian Pertahanan berhubung isu kelewatan penghantaran enam helikopter itu untuk dikemukakan kepada jemaah menteri.

“Peguam Negara (Tommy Thomas) dan pihak dasar (Bahagian Dasar Kementerian Pertahanan) telah memberi pandangan mereka dan dua pandangan utama itu akan dibawa ke kabinet untuk membuat keputusan.

“Kalau boleh, saya ingin bawa ke kabinet sebelum akhir tahun ini supaya ada keputusan terhadap enam helikopter yang ditempah dan sepatutnya tiba pada November 2017,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Mempertahan Negara Maritim: Masa Depan Operasi Bersama ATM di Kuala Lumpur, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bahawa helikopter pertama dijangka diterima pada November 2017, tetapi sehingga kini masih belum terima walaupun pembayaran sebanyak RM112 juta iaitu 35 peratus telah dibuat.

Kelewatan penghantaran enam unit helikopter tempur ringan MD530G yang melibatkan projek bernilai RM321.9 juta itu adalah disebabkan pelbagai isu teknikal berkaitan dengan Syarikat Pembuat Asal (OEM).

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata Kertas Putih Pertahanan akan dibentang di Parlimen pada 2 Dis.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS