Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Yazid Sufaat di bawah pemerhatian polis - IGP
Diterbitkan:  Nov 21, 2019 10:57 PM
Dikemaskini: 2:59 PM

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memberikan jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia, polis sentiasa memerhatikan anggota militan Yazid Sufaat yang telah dibebaskan selepas menjalani tahanan, selama dua tahun.

“Dia (Yazid) telah dibebaskan atas beberapa syarat dan kami yakin kami menjaga perkara itu dengan sebaiknya.

“Jangan risau mengenainya. Syarat yang ditetapkan kepadanya amat tegas, dan ini akan membantu kami memerhatikannya,” katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Deepavali anjuran Menteri Kewangan dan Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan, di Kuala Lumpur hari ini.

“Yazid yang mempunyai kaitan secara langsung kepada kejadian 11 Sept 2011 di Amerika Syarikat telah ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor untuk tempoh dua tahun, di bawah Akta Pencegahan Keganasan (Pota)."

Abdul Hamid berkata, polis juga akan terus berhubung dengan Yazid dalam proses pemulihan.

“Kami tidak akan berhenti membantu mereka yang terlibat dalam apa-apa elemen sama ada Daesh (IS) atau LTTE atau apa juga bentuk elemen keganasan, untuk kembali kepada masyarakat,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS