Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kamaruddin sahkan ada pertemuan tetapi tiada apa yang penting
Diterbitkan:  Nov 19, 2019 1:44 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kamaruddin Jaafar hari ini mengesahkan pertemuan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dengan sekumpulan ahli parlimen BN dan PKR, malam semalam bertempat di kediaman rasminya di Putrajaya.

Bagaimanapun wakil rakyat PKR itu berkata, mereka sekar membincangkan dan diberi taklimat mengenai Dasar Kemakmuran Bersama.

Wartawan: Pertemuan memang ada semalam?

“Ada, gambar ada,” katanya semasa ditemui wartawan di lobi parlimen hari ini.

Wartawan: Apa yang dibincangkan semalam?

Kamaruddin: Tiada apa yang penting, yang kita bincangkan tentang masa depan negara, perlunya perpaduan negara, perlunya diredakan dan dikurangkan politiking antara ahli politik dan menumpukan pembangunan dan kestabilan politik, masa depan negara daan juga dibincang atau diberi taklimat tentang Dasar Kemakmuran Bersama.

Wartawan: Mengapa dibuat dengan MP BN?

Kamaruddin: Kita jumpa semua MP, ini bukan BN, beberapa MP berminat untuk dengar.

Wartawan: Ada juga bincang pasal sokongan untuk Tun (Dr Mahathir) kekal sepenggal?

Kamaruddin: Tak, (isu) Tun (Dr Mahathir) bukan saja bincang, kan Umno dah keluar kenyataan untuk beberapa kali, PAS (juga) sudah keluar kenyataan beberapa kali.

Malam tadi, adalah dilaporkan sekurang-kurangnya 22 wakil rakyat BN yang berkumpul di kediaman rasmi Azmin yang juga adalah menteri ekonomi pada sekitar jam 9.30 malam dan perjumpaan berlangsung selama dua jam.

Tidak lama selepas anggota-anggota parlimen berkenaan dilihat meninggalkan kediaman Azmin, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam mendakwa bekas naib presiden parti itu, Hishammuddin Hussein sebagai dalang di sebalik pertemuan tersebut.

Namun semua mereka mengunci mulut berhubung apa yang dibincangkan.

Hishammuddin bagaimanapun menafikan dakwaan Lokman dan bersedia untuk disiasat lembaga disiplin Umno.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS