Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ambiga sekolahkan Zahid - Undang-undang tidak memihak mana-mana bangsa
Diterbitkan:  Nov 7, 2019 6:51 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

Bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan, hari ini menyekolahkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tentang bagaimana proses undang-undang sepatutnya berjalan.

Ini susulan kenyataan Ahmad Zahid yang mempersoalkan tindakan mahkamah melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita berhubung kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak dua tahun lalu.

"Saya akan kata kepada Zahid: Selamat datang ke Malaysia, di mana kedaulatan undang-undang tidak memihak mana-mana bangsa.

"Fakta dan undang-undang penting, bukan siapa diri kamu,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Ambiga berkata konsep ini, yang begitu asing kepada kerajaan terdahulu yang mana Ahmad Zahid adalah sebahagian daripada mereka sebagai bekas timbalan perdana menteri akan menjadikan Malaysia baru kuat.

Pada ceramahnya di Tanjung Piai, Johor, malam semalam, Ahmad Zahid mempersoalkan keputusan Majistret Siti Hajar Ali untuk membebaskan Sam Ke Ting, 24, dari pertuduhan memandu secara melulu.

Walaupun presiden Umno itu tidak menyatakan secara jelas mengenai pemandu wanita tersebut, namun kritikan mengenai keputusan mahkamah itu dipercayai berpusat pada latar belakang tertuduh yang berbangsa Cina.

Mempertahankan majistret itu, Ambiga berkata Siti Hajar memiliki keberanian untuk bertindak mengikut fakta dan undang-undang, tanpa pengaruh emosi atau ketakutan kaum.

"Penyakit mengharapkan penghakiman diberi berdasarkan kaum tidak boleh dibenarkan berakar.

"Pihak pendakwaan boleh membuat rayuan jika mahu dan proses undang-undang akan kembali dilaksanakan di mahkamah rayuan. Inilah bagaimana sistem kehakiman dan keadilan kita berfungsi.

"Ini bukan untuk mengatakan bahawa orang ramai tidak bersimpati dengan keluarga mangsa yang meninggal dunia itu. Tetapi undang-undang yang tidak mendiskriminasi berdasar alasan perkauman mesti ditegakkan," katanya.

Mana-mana sistem lain, kata Ambiga akan membawa kepada anarki atau huru-hara.

Beliau berkata dunia sedang memerhatikan cara negara dan institusinya dibina semula.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS